Pembaharuan Sosial Habib Bourguiba

Antara pembaharuan kerajaan Bourguiba ialah pembebasan wanita, pendidikan awam, perancangan keluarga, sistem penjagaan kesihatan, kempen celik huruf, organisasi pentadbiran, kewangan dan ekonomi. Wakaf disekat kerana dianggap sebagai harta beku. Beliau berusaha membina infrastruktur negara.

Bourguiba mempromosikan hak-hak wanita sebagai cara mendapatkan sokongan Barat terutama semasa Perang Dingin. Undang-undang melarang poligami, meluaskan akses wanita kepada perceraian, dan meningkatkan umur kanak-kanak perempuan boleh berkahwin berusia 17 tahun. Tetapi, beliau mengharamkan kumpulan hak asasi wanita pada Ogos 1956.

Selepas kemerdekaan, Majlis Komuniti Yahudi Tunisia telah dimansuhkan. Banyak kawasan Yahudi dan bangunan telah dimusnahkan untuk "pembaharuan bandar".